raya nak mai dah......

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Masa terus berlalu di tahun 2021.....kita masih dalam perjuangan melawan covid 19, kerajaan masih berusaha menjalankan program vaksin bagi memastikan kesejahteraan kita semua.... 
Kehidupan kita perlu di terus kan... seminggu lebih lagi kita akan menyambut bulan Ramadan... Sesudah itu Syawal menjelang, persiapan awal dah boleh dimulakan dalam keadaan yang berserdahana...
Kami di Azimi sweets sedia membantu anda dengan menyediakan pelbagai aneka pilihan kuih raya dengan harga yang mampu milik Dan berkualiti...
semua di alu alukan ke kedai kami di Azimi sweets padang serai kedah, pelbagai aneka kuih raya me anti anda yang disediakan Dan dibakar setiap hari oleh team Azimi Sweets... ❤️❤️❤️

kek idaman anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Produk utama kami adalah pelbagai pilihan kek dengan pelbagai tema.... 
luangkan masa datang la ke kedai kami di bangunan peladang padang serai untuk memilih kek idaman anda...
sesuai untuk semua majlis dan yang paling utama harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan rasa yang enak....

Terima kasih
Azimi Sweets

darurat serta pkp

12.01.2021 menjadi ingatan dalam sekali lagi kehidupan.... Perintah darurat diumumkan dalam masa yang sama perintah kawalan pergerakan PKP dan Perintah kawalan pergerakan bersyarat PKPB dikuatkuasakan semula. Semua ini akan berlalu dan menjadi coretan sejarah buat tatapan anak anak dan cucu cucu dimasa hadapan. Pendemik Covid 19 meninggalkan satu kesan yang mendalam dalam kehidupan, sedikit sebanyak turut menjejaskan fizikal dan mental kebanyakkan masyarakat. Dalam tempoh ini tiada gunanya menunding jari salah siapa, apa yang termampu satu cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi dalam liku liku kehidupan. Andai kata kita diberi kesempatan merasakan sekali lagi nikmat kebebasan dalam kesihatan semoga semua ini menjadi pengajaran buat kita untuk terus mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan olehNya. Cabaran pada mereka yang mencari rezeki dengan sebuah perniagaan, keadaan ekonomi yang menekan diharap akan berakhir dan sinar kembali menjelang memberikan harapan yang baru...

Bertabah la semua
Azimi Sweets
12.01.2021

rindu mengecapi kebebasan

Assalamualaikum dan selamat malam...
Letih mengejar dunia.... Sesekali tenang melepaskan lelah, rindu masa lalu dimana kita bebas bergerak tanpa rasa takut.... 
andai diberi kesempatan oleh Nya diharapkan selepas ini kita diberi kesempatan untuk menikmati sedikit nikmat didunia.... Setelah penat mencari rezeki sedikit masa diluangkan bersama keluarga...
Moga kita semua diselamatkan dari wabak yang ada... Mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan.... Alhamdullilah terima kasih Ya Allah...

Salam dari Azimi Sweets.....
@lexispenang

makan angin dan sop

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... tinggal lagi 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun 2021,team Azimi mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.
Berbaki tahun 2020 ni pelbagai aktiviti dirancang bersama keluarga walaupun pada masa yang sama kita tetap risau akan wabak penyakit yang melanda kini....
tempat menarik dikunjungi seperti pasar payang di Kuala Terangganu menjadi tumpuan dan tempat wajib dikunjungi jika ke negeri pantai timur ini. Dari barangan makanan,pakaian,kraftangan,emas dan lain lain boleh di beli disini.
ICT.... kata orang terangganu, ikan celup tepung, tempat untuk menjamu selera pelbagai hasil lautan yang segar....lokasi di sepanjang pantai peranginan kelulut marang terangganu pastinya menjadi tumpuan mereka yang gemarkan makanan laut termasukla kami... dengan suasana nyaman udara laut dan makanan yang menarik pasti berpuas hati...
Semua tempat ini tumpuan ramai ketika musim cuti terutama cuti hujung tahun... Dalam bergembira, jaga diri jaga ahli keluarga dalam mematuhi sop yang ditetapkan kerajaan.... 😊😊😊😊 Selamat bercuti buat semua.... 

sambal hitam pahang original keluaran iks bumiputera pahang

Sambal hitam pahang...pernah cuba? ramuan utama, belimbing besi dan ikan bilis..... dimasak dengan begitu sempurna sehingga terhasilnya sambal yang enak.
mudah disediakan dan boleh terus dihidang bersama nasi dan lain lain hidangan..... Sambal yang tahan lama dan mudah untuk di simpan.
dapatkan di kedai Azimi Sweets Kek dan Kafe...RM10 per pek, anda pasti berpuas hati.... 😊😊😊

Doa buat semua....

Moga semua para pelanggan kedai azimi sweets padang serai sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kemurahan rezeki serta kesihatan yang baik.... Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada anda semua atas sokongan ke atas segala produk dan perkhidmatan yang diberikan.... Kepada staff, vendor dan supplier usaha anda semua amatla dihargai.... mg terus maju untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada para pelanggan.... ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

durian crape

Durian crape...... antara produk yg sentiasa ada di kedai durian crape....lembut dan sedap, rasa durian yg asli.... nak cuba boleh la pakat pakat mai ke kedai azimi kek dan kafe padang serai...

jom jumpa di fb

ikuti kami di fb untuk update produk terkini

mai kaih hampa.....

Jom mai pakat pilih duk atas meja sekarang..... Di KEDAI KEK DAN KAFE AZIMI SWEETS PADANG SERAI....
pastinya semua sedap sedap..... Di bungkus senang dan mudah disediakan
Mai ke lokasi kami bangunan peladang padang serai.... 
hari ni buka isnin@19.10.2020 sampai jam 6 petang...

Salam dari Azimi Sweets

Assalamualaikum.... Salam sejahtera buat semua yang membaca penulisan didalam blog ini.
Pn Azimi yang berasal dari padang serai adalah pengasas dan pemilik AZIMI SWEETS padang serai. 
Hampir 10 tahun membina satu nama dalam perniagaan penyediaan makanan yg bermula secara kecil kecilan dari rumah sehingga memiliki sebuah kedai. 
Hari ini dan hari seterusnya diharapkan azimi sweets terus dapat bertahan untuk memberi perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan......❤️❤️terima kasih buat semua dari kami team azimi sweets❤️❤️

Alhamdullilah

Assalamualaikum dan selamat pagi....
Ya Allah ku mohon padaMu, ampuni la dosa kami semua.... Kau hindarikanla dari segala wabak dan penyakit sesungguhnya segala yang wujud dan ada adalah milikMu.... hanya padaMu kami bermohon dan berserah.... Amin.